Thursday, November 27, 2008

PERTUKARAN PEMILIK!!!

SALAM SEMUA...

SEPERTI YG PENAH SAYA CKP AWAL BLN 11 DULU YANG KEDAI INI SEDANG MELALUI PROSES PERTUKARAN PEMILIK. SKRG KAMI SEDANG MENYUSUN SEMULA PENGURUSAN DAN JUGA BARANG2 YANG DIJUAL DI KEDAI KAMI. KEMUNGKINAN NAMA KEDAI INI JUGA AKAN DITUKAR... PERKEMBANGAN TERBARU AKAN DIMAKLUMKAN DISINI....

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, KEDAI MASIH DIBUKA SEPERTI BIASA, HARAP MAKLUM...

Monday, October 13, 2008

Jentera Pertanian/Penternakan

Dapatkan jentera pertanian/penternakan brand SIMA di kedai kami....




Water Pump



Chipper dan Forage Harvester



Grinder


Chopper

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.

Tuesday, August 26, 2008

PRODUK KESIHATAN TERNAKAN

JENIS: GARAM JILAT

KNZ MULTI (10kg)
BOSLIC (2kg & 5kg)
MINERAL BLOK (2kg & 10kg)
GARAM BUKIT (2-3kg)




KEGUNAAN:

KNZ MULTI
- mempunyai 8 jenis mineral utama yang diperlukan ternakan
- menambah selera makan
- mencegah penyakit yang disebabkan kekurangan zat

MINERAL BLOK
- mempunyai 13 jenis mineral utama yang diperlukan ternakan
- menambah selera makan
- meningkatkan tumbesaran dan metabolisme haiwan

BOSLIC
- mempunyai 13 jenis mineral utama yang diperlukan ternakan
- meningkatkan selera makan, tumbesaran dan metabolisme haiwan
- mempunyai vitamin A, D dan E yang meningkatkan daya tahan penyakit,
dan sangat diperlukan bagi organ pembiakan dan pernafasan
- amat sesuai untuk kambing dan bebiri terutamanya induk yang bunting
dan anak berumur 6 bulan ke bawah

GARAM BUKIT HIMALAYA
- berasal dari banjaran Himalaya yang telah terbentuk secara semulajadi
semenjak 250 juta tahun lampau
- diperoleh dalam bentuk asalnya tanpa melibatkan proses-proses kimia
- mengandungi lebih 90 jenis mineral semulajadi dan elemen lain yang lengkap
- mudah diproses dan diserap oleh tubuh ternakan
- memulih dan meningkatkan sistem penghadaman, sistem pembiakan, sistem
pernafasan serta sistem perkumuhan
- mengelakkan penyakit kekurangan zat mineral pada ternakan yang
mengakibatkan simptom menggigit dan mengunyah kayu kandang serta
sebagainya

CARA PENGGUNAAN:

- gantungkan garam jilat pada ketinggian yng boleh dicapai oleh ternakan

JENIS:MAGTOX SPRAY
KEGUNAAN:
- digunakan untuk rawatan luka sama ada luka biasa dan berulat
- tidak merbahaya pada ternakan kerana kandungan utama adalah daripada
rumusan herba
CARA PENGGUNAAN:
- semburkan pada bahagian luka dan kawasan sekelilingnya
- lakukan 2 hingga 3 kali setiap hari sehingga sembuh

JENIS:NEGASUNT

KEGUNAAN:
- serbuk berbentuk tepung yang digunakan untuk rawatan luka berulat
- sangat berkesan bagi membunuh ulat dan mencegah lalat mendekati
kawasan luka


CARA PENGGUNAAN:
- taburkan serbuk Negasunt pada bahagian luka
- lakukan 2 hingga 3 kali setiap hari sehingga sembuh

JENIS:PINK EYE SPRAY
KEGUNAAN:
- digunakan untuk rawatan jangkitan kuman pada mata
CARA PENGGUNAAN:
- semburkan sedikit Pink Eye Spray ke dalam bahagian mata
- lakukan 2 hingga 3 kali setiap hari sehingga sembuh






JENIS:TETRAVET AEROSOL (200g)


KEGUNAAN:
- berfungsi untuk rawatan penyakit puru pada ternakan


CARA PENGGUNAAN:
- cuci bahagian mulut dan keluarkan keruping bekas luka akibat puru
- semburkan Tetravet ke arah mulut
- lakukan 2 hingga 3 kali setiap hari

JENIS:TYMPASOL (50ml)

KEGUNAAN:
- ubat bagi rawatan penyakit kembung (bloat)

JENIS:PENIKAN P300

KEGUNAAN:
- antibiotik bagi rawatan pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan penyakit bengkak susu ( mastitis) pada ternakan
CARA PENGGUNAAN:
- sukatan;
Kambing – ¼ botol untuk setiap puting
Lembu – 1 botol untuk setiap puting

JENIS:TET-MISO
KEGUNAAN:
- berfungsi untuk rawatan meluas terhadap pelbagai jenis cacing yang terdapat dalam kebanyakan ternakan
- bertindak cepat dan berkesan serta dapat meningkatkan pertambahan berat badan

CARA PENGGUNAAN:
- 15g Tet-Miso → 100kg berat badan ternakan
- ulang pemberian ubat slps 3-4 minggu



JENIS:L EVAMINTHIC

KEGUNAAN:
- berfungsi untuk rawatan meluas bagi parasit dalaman ternakan seperti lungworm, round worm, kidney worm
- bertindak cepat dan berkesan serta dapat meningkatkan pertambahan berat badan

CARA PENGGUNAAN:
- 2ml Levaminthic → 20kg berat badan ternakan
- pemberian ubat secara oral (mulut)
- ulang pemberian ubat slps 3-4 minggu




JENIS:IVERTIN

KEGUNAAN:
- berfungsi untuk rawatan meluas bagi parasit luaran dan parasit dalaman ternakan seperti kutu, sengkenit dan cacing
- tidak sesuai untuk induk yang bunting dan anak yang masih kecil

CARA PENGGUNAAN:
- 1ml Ivertin → 50kg berat badan
- pemberian ubat secara suntikan sub-cut
- ulang pemberian ubat slps 30 hari




JENIS:BAYTICOL POUR ON

KEGUNAAN:
- berfungsi untuk rawatan meluas bagi parasit luaran dan parasit dalaman ternakan seperti kutu, sengkenit dan cacing
- sesuai untuk semua jenis ternakan

CARA PENGGUNAAN:
- 1ml Bayticol → 30kg berat badan
- pemberian ubat secara sapuan ke sepanjang tulang belakang
- ulang pemberian ubat slps 40 hari




JENIS:MILK REPLACER

KEGUNAAN:
- dirumus bagi membantu perkembangan dan tumbesaran anak
- mempunyai sumber yang kaya dengan protein, serat dan pelbagai vitamin bagi membantu meningkatkan metabolisme dan daya tahan penyakit

CARA PENGGUNAAN:
- campurkan 1 aun Milk Replacer bersama 3-5 aun air
- gunakan Nipple Feeding Bottle untuk pemberian susu pada ternakan



JENIS: ANTIBIOTIK


OXYTETRA 20 L.A

AMOXY 20 L.A

AMOXYTAB 125

KOMBITRIM 240

KANAMYCIN

KEGUNAAN
:
- terdapat di dalam dua jenis penggunaan; 1. secara oral; 2. secara suntikan
- rawatan menyeluruh bagi penyakit yang disebabkan oleh bakteria G (+) dan G (-)
- diguna sebagai langkah pencegahan dan juga rawatan bagi kecederaan atau luka yang serius, penyakit Kuku dan Mulut (FMD), serta memulihkan sistem pembiakan, sistem pernafasan, sistem perkumuhan




JENIS:

CAMPURAN ZAT BESI & B-KOMPLEK
IRON DEXTRAN+B12 COMPLEX, ICT

KEGUNAAN:
- sebagai langkah pencegahan dan juga rawatan kekurangan zat besi yang disebabkan kehilangan darah yang berpunca daripada beranak, luka dan pembedahan
1. mencegah penyakit anaemia dan meningkatkan ketahanan badan pada cuaca sejuk, tekanan (stress) dan jangkitan penyakit
1. sangat sesuai pada induk yang bunting, induk lepas beranak, anak yang baru lahir dan anak yang berumur seminggu

CARA PENGGUNAAN:
i. Iron Dextran – suntikan intra muscular (I.M)
ii. ICT – oral

- Anak berumur 3 hingga 5 hari;
Kambing/Bebiri – 1ml
Lembu - 2ml
- Ternakan dewasa; 1ml/10kg


JENIS:CATOSAL 10%

KEGUNAAN:
- digunakan bersama SELEPHEROL bagi memulih dan meningkatkan keupayaan seks induk dan penjantan
- merangsang metabolime ternakan dan memulihkan sistem pembiakan ternakan
- sesuai untuk semua jenis ternakan

CARA PENGGUNAAN:
- Ternakan dewasa; 1ml/10kg


JENIS:SELEPHEROL

KEGUNAAN:
- mengandungi Selenium, komponen penting dalam pembentukan otot
- kekurangannya boleh mengakibatkan tumbesaran terbantut, kematian peringkat janin, pusingan berahi tidak menentu dan kadar persenyawaan rendah

CARA PENGGUNAAN:
- Ternakan dewasa; 1ml/10kg


JENIS:MULTIVIT

KEGUNAAN:
- mengandungi pelbagai jenis vitamin yang dapat mengurangkan tekanan pada ternakan
- digunakan ketika proses pemindahan ternakan dari satu tempat ke suatu tempat, atau ketika perubahan cuaca secara mendadak, atau sebagai rawatan sokongan bagi ternakan yang diberikan antibiotik

JENIS:ANTI STRESS

STRESS VIT (200g)

STRESS PAK (20kg)

KEGUNAAN:
- mengandungi pelbagai jenis vitamin yang dapat mengurangkan tekanan pada ternakan
- digunakan ketika proses pemindahan ternakan, atau ketika perubahan cuaca secara mendadak, atau sebagai rawatan sokongan bagi ternakan yang diberikan antibiotik

CARA PENGGUNAAN:
- sukatan; 200g → 100gelen air minuman
- sebaiknya guna air tanpa klorin dan tukar air campuran tersebut selepas 5 hari


JENIS:KUSTEM-VAX

KEGUNAAN:

- vaksin yang dirumus khusus untuk rawatan dan pencegahan penyakit pneumania pada kambing

CARA PENGGUNAAN:
- sukatan; 1ml → 1 ekor kambing
- semburkan ke dalam hidung kambing
- 1dos/ekor/tahun


JENIS:CF AGRO

KEGUNAAN:
- mengandungi berbagai jenis bakteria baik (Effective Microbs) yang mempunyai pelbagai kegunaan, seperti:-

campuran di dalam makanan atau dedak
- meningkatkan kadar pencernaan makanan
- membantu pertumbuhan badan dengan cepat

penghasilan baja kompos
- semburan pada tinja ternakan sebelum digaul setiap hari
- baja kompos akan terhasil dalam tempoh 30 hari

pembasmi kuman di kandang
- bakteria baik yang terdapat di dalam CF Agro akan membantu membasmi bakteria tidak baik dan kuman yang terdapat di kandang
- membantu menguraikan kotoran dan tinja ternakan yang menimbulkan bau busuk
menjernihkan air kolam dan menggalak perkembangan bakteria pengurai
- sesuai untuk penternakan akuakultur; penternakan ikan di kolam, kolah atau di kanvas
- menjadi sumber makanan kepada anak-anak ikan di samping mencegah jangkitan virus, bakteria di kolam

CARA PENGGUNAAN:
- sukatan 1:1,000
- peringatan: jangan gunakan air berklorin kerana ini akan membunuh semua bakteria
- gunakan air kolam, sungai atau air paip yang ditakung didalam tangki berasingan sekurang-kurangnya seminggu

JENIS:ORGACID

KEGUNAAN:
- mengandungi asid-asid organik yang berfungsi menyahtoksid bahan-bahan beracun di bahagian perut dan usus
- menggalakkan perkembangan bakteria baik di dalam perut ternakan

CARA PENGGUNAAN:
- sukatan 1 % daripada berat makanan ternakan.
- sebaiknya, campurkan Orgacid bersama air tanpa klorin, gaulkan dgn makanan ternakan sehingga sebati

JENIS:DI-CALCIUM PHOSPHATE (DCP)

KEGUNAAN:- menggalakkan pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat
- meningkatkan perkembangan tubuh ternakan dan menambah selera makan
- meningkatkan pengeluaran susu

CARA PENGGUNAAN:- sukatan 1 % daripada berat makanan ternakan.
- sebaiknya, campurkan DCP bersama air tanpa klorin, gaulkan dgn makanan ternakan sehingga sebati

JENIS:GLAMMOCIDE

KEGUNAAN:

- bertindak sebagai pembasmi kuman di kandang yang bertindak cepat dan tahan lama
- mengandungi campuran Glutaraldehyde dan Quaternary Ammonium yang menjadikannya pembasmi kuman secara menyeluruh terhadap bakteria G(+) dan G(-), fungus, protozoa dan microplasma

CARA PENGGUNAAN:
- sukatan 1:150
- campurkan dengan air dan kacau dengan sekata, sembur pada kandang dan kawasan sekeliling

sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

TERBARU!! KRIM LINTAH AL-HUDA

KRIM LINTAH AL HUDA UNTUK MENAMBAH KEMESRAAN
SUAMI ISTERI


KRIM LINTAH AL HUDA DENGAN PATI MINYAK KELAPA DARA (UNTUK LELAKI) - HARGA RM35/BOTOL

KRIM LINTAH AL HUDA DENGAN MANJAKANI (UNTUK WANITA)
HARGA RM35/BOTOL



UNTUK PENGHANTARAN, CAJ RM10 BAGI SETIAP PENGHANTARAN.
BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM PENGHANTARAN KE DALAM AKAUN MAYBANK JB BERKAT FARM (552022402751).
SERTAKAN NAMA, ALAMAT DAN SLIP BAYARAN KE EMAIL misuari.agro@gmail.com

Thursday, May 29, 2008

Silaj Jagung dan Gula Hitam Utk Dijual!!

Tawaran terkini dari Jb Berkat Farm...


Silaj Jagung

Berat anggaran: 37KG/beg

*Harga: RM12/beg


Molases
*Harga: Rm1.00/Kg
* harga tak termasuk kos penghantaran

Thursday, May 8, 2008

Kandang kambing/biri2 JB Berkat Farm

salam semua...

sebab ada rakan penternak yg bertanya pasal kandang kambing/biri2 JB Berkat Farm, gambar kandang kami boleh dilihat di

http://kambingdedakjagung.blogspot.com/

sekian..terima kasih..:))

Friday, April 25, 2008

Gambar ubat2 dan alatan di JB Berkat
















Di atas adalah ubat2 dan peralatan yang terdapat di JB Berkat. Untuk keterangan lanjut sila dtg ke kedai kami.